Friday, July 23, 2010

PENGENALAN MADU TUALANG

TUALANG adalah sejenis nama pokok balak hutan khatulistiwa.Anggaran tinggi pokok tualang ini sekitar 80 sehingga 100 meter dari paras bumi.

MADU TEBAH TUALANG adalah satu daripada 3 jenis madu yang terbaik dan paling tinggi khasiat nya di dunia.Madu ini dihasilkan oleh lebah GIANT yang dikenali sebagai lebah Sialang/ Apis Dorsata juga disebut Lebah TUALANG.

Kajian dari makmal UPM mendapati madu lebah tualang ini menghasilkan 2 kali ganda khasiatnya dari madu hutan kampung dan juga 5 kali ganda hasilnya berkhasiat dari madu ternak/bela.

Prof.H.A.Schuette (University of Winconsin)menyatakan madu gelap dan kehitaman adalah lebih baik kerana lebih tinggi zat galian (Cu,Fe,Mg).

Madu Lebah Tualang ini mengandungi lebih debunga,mineral,dan mengandungi vitamin dan enzim yang semulajadi .

No comments:

Post a Comment